Friday 6 December 2013

LAWAK JENAKA


KISAH BOY DAN GIRL

BOY: Kasihku, ketumpatan cintaku padamu ialah jisim hatiku di bahagi isipadu jantungku. Masihkah kau tidak membuat sebarang anggapan??
GIRL: Aku tidak percaya kepadamu kerana kau ada kekasih baru untuk menjalankan tindak balas penggantian ke atas diriku.
BOY : Kau jangan salah ertikan kecerunan garis lurus hatiku ini, kerana aku dan dia masih lagi unsur dan bukannya sebatian.
GIRL: Tapi, aku berasa seperti kasihmu berkadar songsang dengan
kesetiaan yg kuberikan.
BOY: Tapi, cintaku padamu adalah pemalar!
GIRL : Aku masih belum mengerti lagi kerana penyelesaian yang kau
berikan masih lagi belum sahih.
BOY : Tapi, aku mengamalkan hukum newton ketiga di mana tindak
balas cintaku bersamaan dengan cinta yg kau berikan.
GIRL : Kau jangan bohong! Aku telah mengetahui bahawa kau adalah
'random' yg mempunyai janji-janji manis yg bergerak secara rawak
BOY : Itu adalah fitnah yg telah tersebar melalui proses
pencaran dan perolakan.
GIRL : Tetapi, mengapa kau membuat tempoh perkahwinan
kita mengalami rintangan?
BOY: Aku harus menggunakan perintang boleh laras
untuk mengurangkan rintangan itu.
GIRL : Adakah kita akan berpadu secara kimia?
BOY : Itu masih belum diketahui, tetapi hasilnya nanti
dapat dilihat dengan menggunakan mikroskop cahaya.
GIRL : Aku khuatir kau akan bertemu dengan yg lebih aktif dan
bertindak balas dengannya.
BOY: Nampaknya, kita sedang bercinta tiga segi dan haruslah menggunakan
hukum-hukum penyelesaian segi tiga untuk menyelesaikannya.
GIRL : Tapi, aku telah memberi cintaku dalam magnitud dan arahnya sekali.
Masihkah kau tidak percaye?
BOY: Ya, aku percaye. Tetapi aku mahu semua itu dalam bentuk lazim.
GIRL: Itu semua boleh diabaikan, yang aku mahu ialah tempoh perkahwinan
kita harus mengalami pecutan yg seragam.
BOY : Kau harus bersabar, kerana sabar itu 0.5 dari iman.
GIRL : Tapi, imanku adalah infiniti!
BOY : Aku tidak fikir yang iman kau infiniti kerana kau belum mendarabkannya
dengan 6x10'23.
GIRL : Kau membuat kemarahanku meruap-ruap. Nanti bila tekanan ku melebihi
tekanan udara, kau jugak yg susah kerana aku akan mengalami hemolisis.
BOY : Aku sekarang bukan aku yg dulu lagi, aku telah mengalami plasmolis.
GIRL : Kau betul-tul menyakitkan hatiku ini. Ku sangkakan kau intan, tetapi
rupa-rupanya kau grafit. Pergi kau dari sini. Biarkan aku sendirian.......